mutakhir

Dua lelaki diburu polis

Oleh Shamsul Munir Safini

DUA lelaki yang dipercayai menjadi dalang kejadian samun dan bunuh wanita warga emas berusia 71 tahun di Taman Seri Merbau, Kepala Batas semalam diburu polis.

Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sudah diteliti polis dan dapat mengenalpasti dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti lebih lanjut rakaman CCTV lain yang terdapat di kawasan itu.

Beliau berkata, kediaman mangsa tidak dilengkapi CCTV namun pihaknya mendapatkan rakaman dari beberapa rumah yang terletak di kawasan berdekatan rumah mangsa.

Dalam kejadian semalam, Loo Siew Lam, 71, maut selepas disamun dan dibunuh di rumahnya.

Mayat mangsa ditemui menantu lelakinya 4.20 petang dalam keadaan kaki dan tangan diikat serta berlumuran darah akibat ditetak di bahagian kaki dan belakang badan.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

Kenapa perlu bunuh? [METROTV]

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 3:23pm
d