mutakhir

Berek polis sangat daif

Oleh Noorazura Abdul Rahman

YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) merayu supaya kerajaan dapat memberi perhatian terhadap kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat rendah bagi memastikan kualiti kerja mereka berada pada tahap maksimum.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kebajikan anggota polis terbabit dilihat masih berada pada tahap rendah terutama membabitkan kediaman seperti berek polis yang sangat daif.

“Pagi tadi (semalam) saya melawat berek Balai Polis Kuala Kedah dan saya lihat keadaannya sangat teruk dan daif, saluran najis bocor dan beberapa bahagian lain termasuk bumbung turut bocor.

“Mereka tinggal dalam keadaan tidak selesa, daripada 26 unit rumah hanya 16 yang boleh diduduki tetapi ia sangat teruk.

“Saya difahamkan bukan di berek itu sahaja, banyak lagi berek polis yang lain di seluruh negara turut menghadapi masalah sama, persekitaran rumah anggota yang tidak baik ini akan turut mempengaruhi hasil kerja mereka,” katanya.

Disiarkan pada: June 30, 2019 @ 7:01am
d