mutakhir

Padah sentuh 'anu' remaja lelaki

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

LELAKI warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, kerana melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan remaja lelaki berusia 13 tahun.

Keputusan itu dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh, Sofikul Islam Soyed Hosen, 20, yang ketika kejadian bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun di sebuah pondok pengawal keselamatan di Mak Lagam, Chukai, Kemaman, jam 2 petang pada 29 Mac 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 29 Mac 2018.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: June 30, 2019 @ 4:10pm
d