mutakhir

Terlebih seksi pula

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan Program Kejohanan Medalist Dancesport yang diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini dianjurkan pihaknya.

Menurut KPM, penganjuran program itu tidak mendapat kebenaran KPM dan pihaknya menjalankan siasatan mengenai logo serta nama kementerian pada kain rentang.

“Dalam siasatan KPM dan bukan program dianjurkan KPM.

“Program itu juga diadakan tanpa kebenaran KPM,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Program diadakan di sebuah hotel itu tular di laman Facebook memaparkan beberapa wanita memenangi pertandingan itu berpakaian seksi selain video memaparkan mereka menari dalam keadaan seksi.

Gambar dan video di laman sosial itu dipercayai dimuat naik seorang peserta program yang kemudiannya memadamkan video berkenaan.

Beberapa warganet yang memuat naik semula gambar dan status peserta itu turut mempersoalkan KPM yang menganjurkan program berkenaan.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 6:30am
d