mutakhir

UMNO Perak sokong keputusan Zahid

Oleh Shaarani Ismail

UMNO Perak menerima baik keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai Presiden UMNO bermula hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, keputusan Ahmad Zahid itu selaras dengan mandat yang diberi oleh perwakilan UMNO di peringkat akar umbi kepada beliau sebagai Presiden parti.

“Sehubungan itu, semua ahli parti terutamanya pimpinan di semua peringkat hendaklah menghormati dan memberi sokongan kepada beliau.

“UMNO Perak juga penuh yakin keputusan Ahmad Zahid ini akan membawa kekuatan baru kepada parti terutama di saat UMNO dan PAS sedang rancak menjayakan agenda penyatuan ummah yang beliau sendiri adalah antara yang pertama merintis jalan ke arah kerjasama dua parti terbesar Melayu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saarani berkata, UMNO Perak yakin, dengan sokongan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin di semua peringkat dan ahli parti, UMNO akan kembali menjadi parti yang kuat dan berpengaruh bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Oleh itu, katanya, UMNO Perak akan terus bekerja keras bersama-sama Ahmad Zahid serta pucuk pimpinan dalam usaha menguatkan parti dan menawan negeri Perak daripada Pakatan Harapan (PH).

hmad Zahid semalam mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas Presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas Presiden UMNO.

Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk Kompleks UMNO Bagan Datuk.

Berita berkaitan

Zahid Hamidi kembali!

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 9:09am
d