mutakhir

Belum ada keputusan kuota tambahan haji

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling

“TIADA apa-apa keputusan kuota tambahan haji daripada Kerajaan Arab Saudi,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, kerajaan masih menunggu sama ada permohonan kuota tambahan berkenaan diluluskan atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian kepada media di Lobi Parlimen ketika ditanya perkembangan terkini permohonan Malaysia berkaitan kuota tambahan jemaah haji pada tahun ini.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat rasmi kepada Kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu.

Katanya, usaha itu bagi mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi bakal jemaah haji Malaysia.

Katanya lagi, sekiranya Malaysia gagal mendapatkan 10,000 kuota tambahan, 8,000 kuota pun sudah memadai supaya dapat memendekkan tempoh menunggu bakal jemaah yang lain.

Setakat ini kuota bagi jemaah haji Malaysia kekal seramai 30,200 orang.

Lagi berita berkaitan Wasilah Haramain

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 12:22pm
d