mutakhir

Wow! Huawei tawar waranti percuma dua tahun

Oleh HUAWEI

PADA hari ini, sukar untuk kita berenggang dengan telefon pintar. Tanpa mengira tempat atau waktu, pasti kelihatan generasi muda mengemaskini media sosial mereka, yang lebih berusia membaca berita dalam talian manakala kanak-kanak pula 'syok' menonton kartun di YouTube.

Berbicara mengenai telefon pintar, model atau jenama apa menjadi pilihan terbaik untuk segenap golongan masyarakat, tidak kira yang tua mahupun yang muda?

Ini kerana, terdapat pelbagai lambakan jenama telefon pintar antarabangsa yang berada di pasaran.

Antara tiga faktor utama yang perlu dititikberatkan ialah ia mesti berbaloi dibeli, selamat digunakan dan berupaya menyelesaikan masalah anda. Untuk membantu anda, HUAWEI ternyata memiliki semua ciri berkenaan.

Apatah lagi kini, bukan sahaja siri HUAWEI P30 mempunyai rebat sehingga RM400 tetapi pengguna juga boleh menikmati waranti percuma selama dua tahun apabila mereka membeli produk terpilih dari 1 Julai hingga 30 September ini.

Empat sebab mengapa HUAWEI harus dipilih adalah:

1. Naik taraf waranti selama dua tahun secara percuma

Sebab kukuh mengapa HUAWEI harus menjadi pilihan ialah kerana jenama ini sentiasa menjaga setiap pengguna dan bakal penggunanya.

Atas sebab itu, HUAWEI menawarkan peningkatan waranti dua tahun tanpa mengenakan sebarang caj tambahan sekali gus menghilangkan kerisauan pengguna.

2. Dapatkan tawaran hebat telefon pintar HUAWEI

Suka dan teringin memiliki siri HUAWEI P30 kerana ciri-ciri yang dimiliki model itu amat mengasyikkan. Namun, pada masa sama terpaksa melupakan hajat itu kerana faktor kewangan.Jangan risau lagi sebab HUAWEI mampu mengatasi dilema anda.

Sekarang ini, siri HUAWEI P30 sedang mengadakan promosi iaitu rebat sehingga RM400 manakala nova 3i yang menjadi kegemaran ramai kerana harga mampu milik dan mempunyai ciri swafoto hebat juga menawarkan promosi menarik.

3. Sistem operasi EMUI 9.1

EMUI 9.1 ini membawakan pengalaman baru kepada pengguna yang menginginkan lebih banyak interaksi dan aktiviti berkualiti bersama telefon pintar.

Ia menjadikan gaya hidup anda lebih menakjubkan apabila menampilkan pelbagai tawaran menarik.

Menerusi versi baru ini, anda boleh mencuba pelbagai fungsi menarik termasuk HUAWEI Share, HUAWEI Smart Video Editing, kelancaran maksima melalui GPU Turbo 3.0, pembantu maya Digital Voice Assistant, panggilan telefon dengan nada dering rakaman video dan sambungan telefon pintar dengan mesin senaman ketika bersenam.

EMUI 9.1 boleh dinaik taraf dengan ke halaman Settings > System > Software Update atau ke https://consumer.huawei.com/my/emui/ atau [HiCare] App > [Update] > [Download] bagi menyemak dan memuat turun kemas kini sistem berkenaan.

4. HUAWEI Next-Image Awards 2019

Masih ramai yang belum mengetahui mengenai HUAWEI Next-Image Awards 2019.

Anugerah itu bertujuan meneroka pelbagai kemungkinan berkaitan ekspresi visual (fotografi atau videgrafi) dan budaya untuk generasi akan datang melalui lensa telefon pintar HUAWEI.

Tambah mengujakan, anugerah ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$20,000 berserta hadiah sampingan lain.Gambar sama layak untuk menyertai bagi enam kategori dan setiap penyertaan boleh menghantar 30 gambar bagi satu akaun.

Maklumat lanjut di https://gallery.consumer.huawei.com/en/.

Orang ramai amnya dan pengguna khasnya tidak perlu risau untuk membeli mahupun menggunakan peranti HUAWEI apatah lagi mereka sudah membuat sumbangan besar dalam pembangunan dan perkembangan Android di seluruh dunia.

Dalam menghargai penggunanya juga, HUAWEI melaksanakan pelbagai promosi dan aktiviti seperti HUAWEI Service Day, Battery Service Day, NEXT-IMAGE Photography Masterclass Workshop dan sebagainya.

Baru-baru ini juga, HUAWEI menempa kejayaan tersendiri apabila sehingga 31 Mei lalu, berjaya mengedarkan lebih 100 juta unit telefon pintar iaitu 48 hari lebih awal dari tahun lalu.

Sehingga 20 Jun 2019 pula, Siri HUAWEI P30 berjaya menyaksikan pengedaran lebih 10 juta unit, 62 hari lebih awal daripada siri P20.

HUAWEI P30 juga terus menjadi produk terlaris industri kerana ia menawarkan ciri-ciri telefon pintar terbaik.

Jualan siri itu pada bulan pertama pelancaran melebihi siri pendahulunya P20 sebanyak 52 peratus manakala HUAWEI Watch GT, jam pintar keluaran Huawei merekodkan jualan lebih dua juta unit di seluruh dunia sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, menjadikannya model paling popular keluaran HUAWEI.

Dengan ini, HUAWEI akan terus membangunkan ekosistem perisian yang mampan, dalam usaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia.

Sementara itu, waranti dua tahun ini hanya layak untuk pembelian siri HUAWEI P30, siri Mate 20, siri nova 4, nova 3i dan siri MediaPad M5, sah mulai 1 Julai hingga 30 September 2019. Untuk menuntut jaminan dua tahun itu, pengguna perlu mengaktifkannya dalam aplikasi HiCare pada telefon pintar HUAWEI mereka. Untuk mengetahui lanjut mengenai program 1+1 waranti 2 tahun, layari http://consumer.huawei.com/my/support/extended-warranty-plan/.

HUAWEI P30 berharga RM2,299, P30 Pro (8gb + 256gb) pula RM3,399 dan Nova 3i dijual pada harga RM799. Layari https://www.huawei.com/my/ untuk maklumat lanjut.

Selain itu, mulai hari ini hingga 8 Julai nanti, HUAWEI mengadakan jualan Online IT Fair yang menawarkan pelbagai promosi pada hari berlainan dan layari sini bagi mendapatkan produk HUAWEI yang diminati.

Apa tunggu lagi? Belilah sekarang sebelum terlambat!

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 1:51pm
d