mutakhir

Lompatan dibenarkan, gigitan cinta

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling

LOMPATAN yang dibenarkan, gigitan cinta.

Itu antara istilah yang menggamatkan Dewan Rakyat ketika perbahasan usul pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen hari ini.

Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong untuk dibahaskan mendapat pelbagai reaksi ahli Dewan Rakyat yang mengambil bahagian.

Ketika mencelah perbahasan Datuk Johari Abdul (PH - Sungai Petani) dan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali meminta usul berkenaan diterima dan memandangkan banyak lagi manifesto kerajaan yang belum ditunaikan.

Keadaan itu menyebabkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN Arau) menyifatkan tindakan Noor Azmi melompat parti sebelum ini adalah ‘lompatan yang baik’ sambil disokong beberapa ahli parlimen pembangkang lain.

Noor Azmi: Kenapa mesti kelam kabut, kenapa tak buat Rang Undang-Undang baru atau pindaan undang-undang yang perlu isytihar dan wajib isytihar. Tak apa ambil masa, lagi pun kerajaan ini pun banyak lagi manifesto yang tak dapat dilaksanakan lagi. Jadi kita nak buat....ha, seronok, baru seronok....tengok, Pasir Salak baru seronok.

Shahidan: Bagus Bagan Serai, lompatan tuan dibenarkan

Abdul Latiff: Datang balik kat sini Bagan Serai

Noor Azmi: Selagi ia selari dengan pendapatan kita apa takut?

Jalaluddin Alias (Ahli Parlimen Jelebu): Sudah lompat baru tahu ke

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebelum itu memaklumkan menerima 18 wakil rakyat kerajaan dan lapan daripada pembangkang untuk membahas usul berkenaan.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 4:51pm
d