mutakhir

Utamakan rakyat dahulu

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling

KERAJAAN memberi jaminan rakyat akan diberikan keutamaan dalam sektor pekerjaan sebelum membuka peluang kepada pelarian sah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, biarpun ramai pelarian berada di negara ini, ia bukan penyebab peluang pekerjaan rakyat sendiri terjejas

dan dinikmati pekerja asing khususnya pemegang kad khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menjawab soalan Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman mengenai jumlah pemegang kad UNHCR di Dewan Rakyat hari ini beliau berkata, pelarian yang diambil bekerja bukanlah daripada pelarian ekonomi.

Sehingga 31 Mei lalu, 173,731 pelarian Rohingya di negara ini meliputi 124,753 pelarian dan 48,978 mencari suaka politik.

Katanya, kerajaan juga bercadang menempatkan pegawai polis dan Jabatan Imigresen di pejabat UNHCR bagi memudahkan proses mengesan status pelarian Rohingya.

“Kerajaan komited terhadap penempatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen dapat direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya.

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 5:46pm
d