mutakhir

Gelora nafsu 'Mat Karpet'

Oleh Hadzlihady Hassan

AKIBAT tidak dapat mengawal nafsu, seorang lelaki Pakistan mencabul seorang pekerja kedai pakaian di Teluk Air Tawar, Butterworth, kelmarin.

Dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa, wanita berusia 30 tahun sedang bekerja di kedai terbabit seorang diri sebelum didatangi lelaki Pakistan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek menolak mangsa hingga terjatuh dan mencium mulut wanita terbabit.

“Mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, namun dia dipeluk dari belakang.

“Mangsa kemudian berjaya melepaskan diri dan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Noorzainy berkata, susulan laporan itu, polis berjaya menahan suspek yang berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kulim, Kedah.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berniaga permaidani itu mengaku melakukan perbuatan terbabit dengan menawarkan wang RM20 kepada mangsa.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup dan rakan sekerja mangsa sudah pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak cedera dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354/509 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 11:58am
d