mutakhir

Dua hari atok dalam longkang

Oleh Iqhram Ahmad

HAMPIR dua hari terjatuh dan terperangkap dalam longkang di Taman Pandan Jaya, Ampang, lelaki warga emas akhirnya diselamatkan anggota bomba Isnin lalu.

Mangsa berusia lingkungan 70-an dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian 4.20 petang. “Sebuah jentera dengan sembilan anggota ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setiba di lokasi, anggota penyelamat bertindak mengeluarkan warga emas terbabit dan diserahkan ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai kurang siuman dan maklumat lengkap mangsa tidak diperolehi.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 5:53pm
d