mutakhir

Jumpa bom lama

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SEBUTIR bom lama sepanjang 42 sentimeter (cm) dan ukur lilit 30 cm ditemui di kebun kelapa sawit di FELDA Gedangsa di Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, bom itu ditemui oleh orang awam kira-kira 9 pagi sebelum dia menghubungi rakannya berusia 27 tahun untuk memaklumkan penemuan terbabit.

Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, rakannya membuat laporan di Balai Polis Gedangsa untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor ke lokasi kejadian mendapatinya sebutir bom lama jenis Shell.

“Proses memusnahkannya dilakukan kira-kira 3 petang dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kerosakan kepada harta benda awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 10:32pm
d