mutakhir

Bayi maut akibat jangkitan paru-paru

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

BAYI lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru selepas tidak sedar diri ketika di rumah pengasuhnya di sebuah apartmen di Bandar Tasik Selatan di Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Mukriz menerima mayat mangsa pada 10.45 pagi hari kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan terhadap bayi itu, namun tidak menunjukkan tindak balas dan tanda hayat.

“Bayi disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat pada hari sama mendapati tiada sebarang unsur jenayah sebaliknya akibat jangkitan paru-paru.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Disiarkan pada: July 5, 2019 @ 10:23pm
d