mutakhir

Polis masih siasat video seks

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SIASATAN berhubung video seks yang membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang individu yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih diteruskan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, siasatan masih belum memperoleh sebarang keputusan dan tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

“Kita akan memberi ruang kepada PDRM menjalankan tugas mereka sebelum hasil siasatan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan saya sendiri.

“Kemudian, hasil siasatan tersebut akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berkenaan memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Kita tidak mahu ada individu teraniaya akibat siasatan yang tergesa-gesa danterdapat prosedur tertentu harus diikuti.

“Kita juga amat berhati-hati dalam siasatan ini selain mendapatkan panduan dari pejabat peguam negara,”katanya.

Disiarkan pada: July 7, 2019 @ 9:09pm
d