mutakhir

Kan dah cedera...

Oleh Siraj Mohd Zaini

PENJENAYAH cedera ketika memecahkan cermin sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang dipecah masuk hari ini.

Difahamkan, kejadian disedari pekerja stesen itu pada 6 pagi tadi selepas premis ditutup malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, pekerja premis mendapati cermin di tempat kaunter bayaran dipecahkan dan bahagian dalamnya berselerak.

Menurutnya, kesan darah turut dikesan di lantai luar dan di kaunter bayaran dipercayai akibat kesan memecahkan cermin berkenaan.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ia dilakukan lelaki yang menutup mukanya dengan kain.

“Tiada duit atau rokok hilang kerana tidak disimpan di dalam kaunter,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kerugian masih dalam siasatan kerana pengusaha premis sedang mengesan barang yang hilang.

“Kejadian dipercayai berlaku awal pagi kerana premis beroperasi dari 6 pagi sehingga 11 malam.

“Kes disiasat sebagai pecah masuk kedai mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 6:33pm
d