mutakhir

Ainul nak pulang dah...

Oleh Faliq Lajim

“MUDAH-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah SWT melindungi Ainul dan kami semua,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.

Bapa Ainul Mardhiah, 10 bulan, memuat naik status di Facebook miliknya pada 4.07 petang (waktu Malaysia) hari ini.

“Pengalaman lalu, Ainul mendapat jangkitan selepas mengharungi perjalanan panjang 13 jam penerbangan.

“Mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah SWT melindungi Ainul dan kami semua,” katanya.

Ainul Mardhiah dipercayai akan dibawa pulang ke tanah air secara senyap.

Ahmad Safiuddin berkata, keadaan Ainul semakin baik namun masih perlu dijaga rapi bagi memastikan anaknya itu sembuh dan kuat.

“Insya Allah, ada rezeki bila Ainul sudah betul-betul bersedia nanti, Ainul boleh berjumpa dengan tuan dan puan semua.

“Buat masa sekarang, disebabkan Ainul ini terlalu ‘fragile’ (lemah), doktor minta kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan.

“Bagaimana pun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat Ainul,” katanya.

Menerusi status itu, Ahmad Safiuddin turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya dan juga keluarganya.

“Kami berharap kepada Tuhan Yang Maha Esa semoga doa yang baik itu dikembalikan semula kepada tuan dan puan dan juga keluarga. Amin,” katanya.

Terdahulu, isteri Ahmad Safiuddin iaitu Nurul Erwani Zaidi, 24, turut memuat naik status di Instagram story melalui akaun miliknya 11 jam lalu yang memberitahu hari ini adalah hari terakhir mereka di London.

“Alhamdulillah. Sebulan lebih di kota London. Hari terakhir berada di London terasa sangat sayu.

“Jururawat semua jumpa Ainul dan beri ucapan pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua. Insya-Allah kami pasti akan datang semula ke London,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 6:50pm
    d