mutakhir

Menghendap kesalahan jenayah?

Oleh Hairulazim Mahmud

KESALAHAN menghendap mungkin dikategorikan sebagai kesalahan jenayah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji cadangan dan mekanisme untuk menjadikan kesalahan menghendap sebagai jenayah di negara ini.

“Pada 30 Mei lalu saya mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dasar ini bersama wakil Pejabat Peguam Negara, agensi, kementerian berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan.

“Kajian ini terhad kepada keperluan bagi menjadikan kesalahan menghendap sebagai jenayah dan tidak meliputi kaitan menghendap dengan jenayah lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) sama ada kerajaan sudah mengkaji kaitan di antara perbuatan mengekori atau menghendap secara berulang dengan perbuatan jenayah serius.

Mohamed Hanipa berkata, pada masa ini, jika berlaku pembunuhan maka pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, persoalan sama ada hendak dikaitkan atau tidak kesalahan jenayah menghendap dengan pertuduhan membunuh bergantung kepada fakta kes.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 5:54pm
d