mutakhir

'Tak boleh pakai bapa macam ni'

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SEORANG mekanik ditahan selepas dipercayai mencabul anak kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Suspek berusia 46 tahun dan bekerja sebagai mekanik di bengkel cat kenderaan ditahan Khamis lalu.

“Suspek masih dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat, Kota Tinggi.

Menurut sumber, bapa mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu Selasa lalu, ketika mangsa di dalam biliknya sebelum suspek memegang payudara mangsa dan memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa.

Suspek turut disyaki mencabul mangsa sejak mangsa berusia 12 tahun, bagaimanapun, perbuatan terkutuk itu tidak pernah didedahkan termasuk kepada ibu mangsa yang kini sudah tinggal berasingan berikutan mereka dalam proses bercerai.

Bagaimanapun, katanya, dalam kejadian terbaru mangsa dikatakan tidak tahan dengan tindakan bapanya sebelum nekad membuat laporan polis.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 10:17pm
d