mutakhir

Bukan calang-calang Super FlashCharge 120W

Oleh Vivo

APABILA telefon pintar anda menunjukkan tanda bateri mulai lemah ketika berada di luar, apa tindakan yang diambil?

Pasti terpaksa menghadkan penggunaan telefon pintar semata-mata untuk menjimatkan bateri atau mencari pengecas mudah alih (power bank), betul tak?

Lagi bagus jika peranti itu dapat dicas dalam kadar waktu pendek yang boleh menjimatkan masa menunggu.

Ini kerana, mengecas sambil menggunakan telefon pintar itu secara serentak akan mendatangkan bahaya.

Tampil membantu kepada masalah ramai pengguna peranti pintar, Vivo mengumumkan kemunculan teknologi pengecasan pantas dengan reruai (booth) demonstrasi Super FlashCharge 120W.

Inovasi mantap itu diperkenal dan dipamerkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2019 baru-baru ini.

Merupakan teknologi yang pertama seumpamanya di pasaran, proses pengecasan menggunakan sambungan USB Type-C ini menyokong output pengecasan maksimum sehingga 120W iaitu bersamaan 20V6A.

Berdasarkan ujian makmal yang dilakukan, Vivo Super FlashCharge 120W berupaya mengecas bateri 4000 mAh daripada 0 peratus hingga 50 peratus hanya dalam masa lima minit sahaja.

Lebih mengujakan, proses pengecasan penuh boleh dilakukan dalam masa hanya 13 minit sahaja.

Menerusi kebolehan Super FlashCharge 120W, tempoh menunggu untuk telefon dicas tidak lama dan pengguna boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya tanpa perlu berasa risau bateri akan cepat lemah kerana Vivo Super FlashCharge 120W kan ada!

Untuk maklumat lanjut, tonton video di https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/2253109394786022/ .

Layari juga Vivo Store di bit.ly/BuyVivoOnline bagi melihat produk Vivo yang lain.

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 2:53pm
d