mutakhir

TH beri khidmat terbaik

Oleh Yusri Abdul Malek

MENYANTUNI 30,200 jemaah haji Malaysia yang menginap di 13 Maktab atau hotel penginapan di sekitar Masjidilharam bukan tugas mudah.

Pelbagai kerenah dan pemasalahan perlu ditangani penuh hemah.

Bagi Tabung Haji (TH), pengalaman 50 tahun mengendalikan jemaah haji menjadikan institusi terpenting umat Islam itu matang dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Pengurus Maktab 77 di Abraj Al Janadriyah, Mohd Nasir Mohd Yusof berkata, setiap maktab menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah termasuk perkhidmatan pengeluaran wang, kiriman bagasi, ziarah luar muassasah, kaunseling, kesihatan, pergigian
dan program ibadah.

Menurutnya, lawatan luar atau ziarah mendapat sambutan apabila ramai jemaah mendaftar untuk menyertainya kerana pada masa sama mereka boleh mengerjakan umrah.

“Kami menyediakan tiga pakej ziarah luar dengan bayaran tertentu,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jemaah haji juga diberi bimbingan enam siri bagi mereka mengulang kaji panduan ibadah umrah dan haji.

Lagi berita berkaitan Wasilah Haramain

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 9:38pm
d