mutakhir

3,000 keropok sehari

Oleh BERNAMA

KUANTAN: Keropok lekor ‘Ghani Black’ terkenal di bandar Kuantan apabila mendapat permintaan tinggi daripada lebih 50 pelanggan tetap yang menunggu bekalan keropok itu setiap hari dengan kira-kira 3,000 batang keropok dikeluarkan dalam sehari.

Menurut Md Rizuwan Md Roni, 38, perniagaan itu diasaskan arwah bapanya, Md Roni Mamat, 11 tahun lepas yang nekad untuk tidak turun ke laut sebagai nelayan tetapi memulakan perniagaan keropok lekor secara kecil-kecilan di Kampung Peramu.

Md Roni yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Terengganu berkata, perniagaan itu kini mampu membuka peluang pekerjaan kepada 15 pekerja tetap yang terdiri daripada saudara-mara selain mewarisi resipi keluarga secara turun-temurun dari Terengganu yang turut mengusahakan perniagaan keropok lekor.

Katanya, keropok lekor yang dihasilkan itu menggunakan ikan tamban dan selayang sahaja dan perlu melalui enam peringkat iaitu membersihkan, mengasingkan isi dan tulang, diadun dengan tepung dan sagu serta tiga perisa, menguli dan membentuk keropok serta merebus sebelum dijual kepada pelanggan.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 5:30am
d