mutakhir

Buat kecoh lagi...

Oleh Nur Saliawati Salberi

PROSIDING di Mahkamah Majistret II, Ayer Keroh hari ini bertukar kecoh apabila lelaki tiba-tiba mengamuk selepas ditegur kerana mengambil gambar.

Kejadian 11 pagi itu berlaku dihadapan Majistret Teoh Shu Yee dan ketika itu sedang berjalan kes permohonan sambung reman.

Lelaki berusia 49 tahun itu yang berada di galeri awam bertindak merakam gambar suasana di dalam kamar mahkamah dan tindakannya itu kemudian ditegur anggota polis bertugas kerana melanggar prosedur.

Berang dengan teguran itu, lelaki terbabit kemudian memarahi dan membuat kecoh selain mempertaikan mengapa kad pengenalannya perlu diserahkan kepada anggota polis.

Ketika ditanya oleh Teoh mengapa dia berbuat demikian, lelaki itu tidak menjawab.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek ditahan kerana menghalang tugas polis dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

“Semakan dilakukan turut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 6:11pm
d