mutakhir

Lapan struktur tambahan, dua premis diroboh

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan lapan struktur tambahan dan dua premis yang didirikan tanpa kebenaran di Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, hari ini.

Jurucakap DBKL berkata, operasi itu membabitkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Pembangunan Penjaja.

“Tindakan diambil mengikut kesalahan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Pemilik-pemilik premis yang ingin menambah struktur dinasihat untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada DBKL,” katanya.

Menurutnya, pemilik premis yang degil akan dikenakan tindakan termasuk denda.

“DBKL tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang melanggar syarat lesen ditetapkan.

“Ada juga pemilik dikesan membina sendiri struktur tambahan di kawasan larangan sehingga mengganggu orang lain,” katanya.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 8:20pm
d