mutakhir

Dua remaja parah motosikal bertembung

Oleh Mohd Rizal Abdullah

DUA remaja lelaki parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di laluan kampung berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Jalan Langgar, Alor Setar, malam tadi.

Dalam kejadian 7.18 malam itu, mangsa Muhammad Hilmi Idris, 17, dan Muhammad Afif Ridzuan, 17, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan mendapati Muhammad Hilmi dari arah Hutan Kampung menuju ke Jalan Langgar manakala Muhammad Afif dari arah bertentangan.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, mereka bertembung secara berdepan mengakibatkan kedua-duanya parah.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: July 14, 2019 @ 10:57pm
d