mutakhir

Remaja lemas di Bukit Katak

Oleh Nur Izzati Mohamad

KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja menghabiskan cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi dalam kolam tapak bekas kuari di Bukit Katak, Tasek Gelugor semalam.

Mohamad Danial Hakim Yusof, 16, yang menetap di Taman Guar Perahu di sini ke kawasan itu 3.30 petang bersama rakan.

Mereka dikatakan mandi di kolam yang mempunyai kedalaman lebih enam meter sebelum dilaporkan hilang.

Rakan-rakannya yang tidak menemui kelibat mangsa kemudian memaklumkan kepada penduduk tempatan yang menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap JBPM negeri berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bandar Perda serta Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 8 malam.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan dan mayat mangsa ditemui 10.12 malam tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan lemas,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat.

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 10:49am
d