mutakhir

Mayat Roviezal ditemui

Oleh Garret Dawum

PEMANDU pelancong yang hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam Gua Rusa di Taman Negara Mulu, Miri ditemui meninggal dunia 10.10 pagi ini.

Mayat Roviezal Robin, 20, ditemui di kawasan Deer Sum selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, SAR hari ketiga dimulakan 8 pagi selepas ditangguhkan 3.11 petang semalam.

“SAR hari ketiga dibahagikan kepada empat kumpulan membabitkan pencarian di kawasan menuruni tangga gua, sump down the stream dan Sungai Paku ke Sungai Payau termasuk Deep Pool yang belum pernah diterokai.

“Selepas dua jam SAR hari ketiga dijalankan, mayat mangsa akhirnya dijumpai,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Roviezal dan seorang lelaki dari Belanda hilang selepas banjir kilat melanda Gua Rusa ketika mereka sedang menjelajah gua itu bersama lapan yang lain.

Mayat pelancong dari Belanda, Peter Hans Hovenkamp, 66, ditemui tersangkut di pintu gua 6.40 pagi kelmarin.

Berita berkaitan

[UPDATE] SAR dihentikan, bimbang banjir kilat [METROTV]

[UPDATE] Pelancong lemas di Gua Rusa

2 pelancong hilang dalam Gua Rusa

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 11:23am
d