mutakhir

Pengumuman rasmi hanya daripada Istana Kelantan

Oleh Muhamaad Razis Ismail

TIADA sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau 'Queen of Kelantan' tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan.

Katanya, bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.

“Hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan di Kota Bharu, hari ini.

Disiarkan pada: July 16, 2019 @ 9:20am
d