mutakhir

TMJ, Che Puan Khaleeda sambut putera kedua

Oleh Mohd Sabran Md Sani

TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam menyambut keputeraan putera kedua, hari ini.

Perkhabaran itu dikongsi Tunku Ismail di Facebook (FB), HRH Crown Prince of Johor.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” kongsi baginda.

Pasangan diraja itu yang disatukan pada 2014 mempunyai puteri dan putera sulung iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 2018, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, Johor Bahru.

Disiarkan pada: July 17, 2019 @ 9:51am
d