mutakhir

40 murid pening, muntah keracunan

Oleh Hasbi Sidek

SEKURANG-KURANGNYA 40 murid sebuah sekolah di Port Dickson mengalami muntah dan pening dipercayai terkena racun serangga.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 2.13 petang hari ini.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang ke lokasi selepas terima panggilan itu daripada pihak hospital.

“Kerja pembersihan giat dilakukan dan menyah racun daripada badan mangsa.

“Dianggarkan 40 murid terjejas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, keadaan terkawal dan mangsa sebelum itu mengalami simptom muntah dan pening.

Disiarkan pada: July 18, 2019 @ 4:00pm
d