mutakhir

'Pemergiannya amat kami rasai...'

Oleh Muhamaad Razis Ismail

“KAMI hanya tahu kejadian jam 5 petang tadi,” kata Mohd Nasir Mohd Yusof, 48, bapa saudara kepada Sharil Apipie Mokhtar, 29, yang maut terkena renjatan elektrik di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, hari ini.

Dalam kejadian 12.57 tengah hari, isteri Sharil Apipie, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, turut maut selepas tangga itu runtuh sebelum terkena renjatan elektrik.

Turut terkorban jiran yang cuba menyelamatkan mereka Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia, Bambang Sulisto, 39.

Lebih menyedihkan wanita terbabit sarat mengandung lapan bulan anak sulung mereka.

Mohd Nasir berkata, dia dihubungi anak saudaranya yang tinggal di Kedah memaklumkan kejadian itu.

“Saya terkejut dan tidak menyangka arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya kerana baru sahaja bertemu dengan dia dan isterinya pada Aidilfitri lalu.

“Saya terus hubungi bapa arwah, Mokhtar Mohd Yusof, 53, yang tinggal di Tanah Merah.

“Sebaik menerima berita itu, abang saya yang juga bapa Sharil Apipie, Mokhtar Mohd Yusof, 53, terus bertolak ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menuntut jenazah kerana tiada ahli keluarga tinggal di sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chabang Empat di Pasir Mas, hari ini.

Menurutnya, arwah seorang individu yang baik dan disenangi penduduk kampung.

“Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan. Pemergiannya amat kami rasai namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Berita berkaitan

Pilu lihat mangsa kaku...

[UPDATE] Hajat bersalin di Kelantan

(UPDATE) Mangsa suami isteri ditemui berpelukan [METRO TV]

4 maut terkena renjatan elektrik

Disiarkan pada: July 21, 2019 @ 10:03pm
d