mutakhir

ADUN dipanggil beri keterangan

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan video seks songsang mengaitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Huzir berkata, ADUN berusia 34 tahun itu dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes video lucah terbabit.

“ADUN berkenaan hadir pada 10 pagi tadi dan selesai diambil keterangan 11.30 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang ahli perniagaan yang ditangkap di Shah Alam Jumaat lalu berhubung kes ini direman tiga hari bermula hari ini.

Katanya, tempoh reman yang berakhir hari ini disambung semula selama dua hari sehingga Rabu ini.

Video hubungan songsang yang tular di media sosial sejak 13 Jun lalu didakwa antara Haziq Abdullah dengan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, bagaimanapun Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menafikan tuduhan berkenaan.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 6:17pm
d