mutakhir

RM862,881 untuk siri KET [METROTV]

Oleh Mohd Rizal Abdullah

JABATAN Pengangkutan Jalan(JPJ) Kedah mencatatkan kutipan bidaan siri KET berjumlah RM862,881 membabitkan 341 pembida menerusi sistem JPJeBid.

Pengarah JPJ Kedah Ismasuhaimi Sharif berkata, nombor pendaftaran KET 9 mencatatkan bidaan tertinggi bernilai RM50,000, diikuti KET 3(RM49,888) dan KET 8(RM42,000).

“Bilangan pengguna berdaftar adalah 41,241 manakala jumlah keseluruhan pembida mencatatkan 703 individu.

“Nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan,” katanya ketika sidang media pengumuman keputusan JPJeBid siri KET di JPJ Kedah, Alor Setar, hari ini.

Katanya, penggunaan sistem ini ternyata lebih memudahkan orang ramai untuk memperolehi nombor pendaftaran secara lebih mudah.

“Baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum dengan harga minima yang ditetapkan iaitu dari RM300 sehingga RM20,000.

“Orang ramai yang berminat boleh berurusan di pejabat JPJ negeri atau cawangan.

“Orang awam turut disarankan memiliki ID mySIKAP awam bagi mendapatkan senarai nombor semasa yang belum didaftarkan,” katanya

Bidaan menerusi JPJeBiD siri KET bermula selama lima hari bermula 11 Julai lalu sehingga 15 Julai lalu

Sistem JPJeBid dimulakan dengan pengenalan siri FC di Putrajaya diikuti siri VDN di Kuala Lumpur dengan nilai bidaan mencatatkan lebih RM4 juta.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 7:48pm
d