mutakhir

Majistret reman hakim

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

HAKIM Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membebaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun itu tidak hadir di Mahkamah Majistret, Putrajaya dan difahamkan, prosiding berlangsung di wad Hospital Putrajaya susulan hakim terbabit kurang sihat.

Menerusi kenyataan Latheefa, semalam, beliau mengesahkan penahanan hakim itu yang berkaitan kes penahanan seorang peguam dan timbalan pendakwa raya serta beberapa anggota polis, baru-baru ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang timbalan pendakwa raya ditahan SPRM kerana membantu membebaskan sembilan PATI yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Suspek lelaki berusia 32 tahun ditahan di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 4:34pm
d