mutakhir

Pemimpin ASEAN pertama terima anugerah Turki

Oleh Kadir Dikoh

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi pingat ‘Turkish Order of the Republic’, menjadikannya pemimpin ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu.

Anugerah itu, kedua tertinggi di Turki selepas ‘Order of the State, disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke Turki sejak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Turki memberi anugerah itu kepada pemimpin asing yang memberi sumbangan besar kepada hubungan setiakawan dengan negara berkenaan.

Antara penerima sebelum ini, bekas Presiden Pakistan Nawaz Sharif.

Dalam ucapannya sebelum menyampaikan pingat itu, Erdogan berkata, ia juga satu penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Dr Mahathir dalam ucapan balasnya pula melahirkan rasa penghargaan atas anugerah itu.

Upacara ringkas tetapi simbolik itu diadakan sebelum kedua-duanya mengadakan sidang media bersama di Kompleks Presiden.

Disiarkan pada: July 26, 2019 @ 9:37am
d