mutakhir

Aroma Costa Coffee Stores kini di Malaysia

Oleh Costa Coffee

PEMINAT kopi tempatan berpeluang menikmati aroma baru dari Costa Coffee melalui pembukaan cawangan di Malaysia.

Cawangan terbaru ini akan dibuka di beberapa lokasi utama di ibu kota antaranya Bangsar Shopping Centre (BSC), NU Sentral Mall, Sunway Pyramid, Menara Allianz dan Q Sentral.

Untuk cawangan pertama di BSC, penggemar kopi boleh mula menikmati hidangan dari Costa Coffee secara rasmi mulai 31 Julai ini diikuti NU Sentral Mall (3 Ogos), Menara Allianz (13 Ogos), Sunway Pyramid (16 Ogos) dan Q Sentral (26 Ogos).

Melalui Costa Coffee, ia menawarkan kopi yang ‘kaw’ disediakan barisan barista berpengalaman dengan kopi ‘flat white’ menjadi pilihan popular dalam kalangan penggemar kopi Costa.

Bagi meraikan pembukaan rasmi lima cawangan ini, sebanyak 100 cawan kopi percuma diberikan setiap hari selama tiga hari di semua lokasi Costa Coffee.

Untuk mereka yang berada berhampiran BSC, boleh mengunjungi lokasi berkenaan untuk menikmati kopi percuma pada 1 hingga 3 Ogos, NU Sentral (4 - 6 Ogos), Menara Allianz (13 - 15 Ogos), Sunway Pyramid (18 -20 Ogos) dan Q Sentral (27 - 29 Ogos).

Sebagai tambahan, Costa Coffee turut akan memberikan pelbagai barangan kepada orang ramai melalui trio MINI Costa yang akan berlegar sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Untuk mendapatkan barangan percuma yang terhad ini, dekati MINI Costa pada 26 Julai di Ampang sekitar jam 1 petang dan Menara Ken (2.30 petang) dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 4 petang.

Pada 27 Julai, ia akan berada di Lot 10 pada jam 1 petang, Sungai Wang (2.30 petang), Pavilion Kuala Lumpur (4 petang) dan KLCC (5.30 petang).

Pada 28 Julai pula, ia akan berada di Desa Sri Hartamas pada jam 1 petang, Publika (2.30 petang) dan Bangsar (4 petang).

Ia juga akan berkunjung ke Balai Berita (NSTP) pada 29 Julai pada jam 1 petang, Sri Pentas (2.30 petang) dan Astro (4 petang).

Manakala, pada 30 Julai nanti, ia akan berada di sekitar KL Sentral pada jam 1 petang.

Namun, lokasi dan masa kunjungan trio MINI Costa tertakluk kepada sebarang perubahan.

Orang ramai juga boleh mengambil gambar dengan trio MINI Costa dan muat naik di media sosial dengan disertai #celebratecoffee dan #costacoffeemalaysia.

Disiarkan pada: July 26, 2019 @ 12:26pm
d