mutakhir

Empat rumah kongsi musnah

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

EMPAT rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran masjid di Jalan Kerinchi Kiri 2, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 8.53 pagi.

“Seramai 28 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran membabitkan empat rumah kongsi pekerja pembinaan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, anggota mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal kebakaran dan api dapat dikawal pada 9.23 pagi.

“Kebakaran itu menyebabkan keempat-empat rumah kongsi musnah sepenuhnya.

“Tiada mangsa cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: July 26, 2019 @ 1:23pm
d