mutakhir

Lelaki jatuh sungai dipercayai lemas

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI dipercayai lemas selepas terjatuh ke Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.46 petang.

“Seramai 26 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pantai dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan oleh saksi mangsa terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kayak serta teknik pencarian pada permukaan (surface searching) oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Selain itu, operasi pencarian juga diperluaskan sehingga ke Kampung Haji Abdullah Hukum berhampiran KL Eco City.

“Operasi pencarian ditangguhkan dan akan disambung semula esok pada 8 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: July 31, 2019 @ 12:38am
d