mutakhir

Johan Setia, Rompin catat IPU tidak sihat

Oleh Faliq Lajim

JOHAN Setia di Klang, Selangor dan Rompin, Pahang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan menerusi laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) milik Jabatan Alam Sekitar, Johan Setia merekodkan bacaan IPU 109 manakala Rompin pula IPU 103.

Ketika bacaan pada 12 tengah hari, Rompin mencatatkan IPU 104, manakala di Johan Setia mencatatkan IPU 107.

Selain itu, 63 lokasi lain merekodkan bacaan IPU sederhana manakala tiga lokasi lain pula berada pada bacaan IPU baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bacaan IPU terkini menerusi laman web apims.doe.gov.my.

Berapa kawasan di negeri ini bakal berdepan dengan masalah jerebu bermula hari ini berikutan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.

Kebakaran itu dikesan di Jambi, Sumatera Selatan, Riau, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

Mengikut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan turut akan mengalami jerebu bermula esok.

Disiarkan pada: August 1, 2019 @ 5:52pm
d