mutakhir

Wanita terjun jambatan

Oleh Hadzlihady Hassan

SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas terjun di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang arah Perai menuju ke bandar ini, hari ini.

Wanita berusia 36 tahun itu dilihat orang awam terjun pada jam 5 petang dengan meninggalkan kenderaannya iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.09 petang memaklumkan kejadian itu.

“Dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Perai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan pasukan bomba serta Pasukan Polis Marin (PPM), namun ditangguhkan jam 6.30 petang berikutan faktor cuaca,” katanya.

Menurut jurucakap itu, operasi akan disambung semula jam 8 pagi esok.

Disiarkan pada: August 2, 2019 @ 8:49pm
d