mutakhir

Hilang selepas tergelincir

Oleh BERNAMA

REMAJA lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut berhampiran jeti perikanan lama di Labuan, pagi tadi.

Pelajar yang tinggal di Jalan Kolam itu dikenali sebagai Mohd Hilmi Hamizan Ahmad, seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11 pagi.

Pelajar itu dipercayai tergelincir sebelum jatuh ke laut ketika memancing bersama seorang rakannya.

Sehingga jam 7 malam tadi, pelajar berkenaan masih belum ditemui dan gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Disiarkan pada: August 4, 2019 @ 11:06pm
d