mutakhir

Agong yang prihatin [METROTV]

Oleh Iskandar Shah Mohamed

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi video dimuat naik dalam akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang berbaju Melayu putih, bersongkok dan bersampin bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita yang dilihat tidak mengalami kecederaan.

Baginda ketika itu dalam perjalanan menghadiri program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja.

Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, selain memeriksa keadaan mangsa, Al-Sultan Abdullah turut sempat bertanyakan sesuatu kepada orang awam yang berada di sekitar lokasi.

Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.

Perkongsian sejak 11.40 pagi itu setakat ini mendapat lebih 19,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan 236 komen.

Pada 26 Jun lalu, Al-Sultan Abdullah turut memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 12:35pm
d