mutakhir

28 lelaki direman lima hari

Oleh Nur Lela Zulkipli

SERAMAI 28 lelaki yang ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Sungai Darah, Kuala Selangor direman lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semua suspek yang ditahan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor untuk permohonan reman.

“Majistret Assayidatun Najwa Muhammad Nasution menetapkan tempoh reman lima hari bermula hari ini,” katanya.

Menurutnya, selain tangkapan itu, polis turut merampas lima senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan terbabit.

Pergaduhan 9.15 malam itu membabitkan dua kumpulan yang bertengkar mengenai pemasangan khemah sebelum bertindak menggunakan parang.

Polis yang bertugas mengawal keadaan dan membuat tangkapan turut diserang dan tercedera.

Seorang anggota polis dari Balai Bestari Jaya berusia 34 tahun cedera di belakang tapak tangan kiri dan menerima enam jahitan.

Sehingga kini terdapat seorang mangsa awam putus sebahagian tapak tangan kiri dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berita berkaitan

Dah tak boleh bincang ke..

Perang kongsi gelap: 2 ditahan

[UPDATE] Angkara dendam kongsi gelap

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 6:41pm
d