mutakhir

Beruang masuk FELDA Perasu

Oleh Ramli Ibrahim

PENEROKA di Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang bimbang apabila seekor beruang ditemui merayau di kawasan penempatan mereka sejak minggu lalu.

Penduduk terpaksa membawa parang ketika memasuki ladang sawit bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Peneroka, Mustafa Wahab, 56, berkata, beruang itu kerap ditemui penduduk ketika merayau di kawasan rumah.

“Saya khuatir haiwan itu masih bersembunyi di kawasan ladang sawit atau hutan berhampiran dan boleh mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

“Saya berharap pihak berkaitan perlu ambil tindakan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Salleh Abdullah, 59, mendakwa tahun lalu seorang penduduk maut selepas diserang beruang di kebunnya di Kampung Renok di sini.

“Difahamkan sehingga kini haiwan itu masih belum ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan saya khuatir ia beruang sama.

“Kini peneroka di Rancangan Felda Perasu takut untuk ke ladang kerana takut terserempak dengan haiwan liar berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 2:41pm
d