mutakhir

Boleh beli Vivo S1 di platform digital [METROTV]

Oleh Vivo

VIVO S1, kini boleh dibeli menerusi platform digital Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng pada harga RM1,099.

Tambah menarik, jika membeli Vivo S1 dari gedung jualan atas talian berkenaan, anda berpeluang mendapat hadiah percuma bernilai RM99.

Vivo S1 memfokuskan kepada pengguna muda yang sentiasa bertenaga, bergaya dan selalu mengikuti perkembangan trend semasa.

Ia hadir dengan pelbagai ciri hebat antaranya bateri berkapasiti 4500mAh, teknologi pengecasan pantas dwi-enjin dan pengimbas cap jari pada paparan.

Telefon pintar itu menggunakan pemproses Mediatek Helio P65 yang dipadankan bersama memori (RAM) 6GB dan 128Gb ROM untuk memastikan peranti berkenaan mampu melancarkan sebarang aplikasi.

Resolusi Ultra HD kamera 32MP membolehkan anda mengambil swafoto pada tahap kejelasan yang tinggi dan tepat.

Skrin Vivo S1 berukuran 6.38 inci Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+) serta menggunakan paparan Super AMOLED Ultra untuk menghasilkan tona warna lebih baik.

Keistimewaannya lagi, kamera 32MP digunakan untuk kamera swafoto dan tri-kamera 16MP + 8MP + 5MP dengan teknologi AI pula sebagai kamera utama.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai mod swafoto seperti AI Face Beauty, Selfie Frontlight, AR Stickers, AI Filter, dan sebagainya yang menjadikan gambar swafoto anda lebih menyeronokkan.

AI Portrait Framing pula membantu anda dengan komposisi lebih baik untuk mencapai nisbah yang sempurna.

Kamera AI Super Wide-Angle turut memperluaskan pandangan pada kamera kepada 120 darjah yang membolehkan anda menangkap panorama landskap dengan lebih cantik dan banyak.

Lebih istimewa, jika anda mahu merakamkan foto berkumpulan, kamera secara automatik akan beralih ke mod Super Wide-Angle untuk julat yang lebih luas.

Vivo S1 menggunakan sistem operasi FunTouch 9 berasaskan kepada Android 9.0 Pie dan didatangkan dengan dua warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

Malumat lanjut mengenainya dan produk Vivo, layari laman web rasmi Vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my dan Facebooknya https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

#vivoMalaysia #vivoS1 #UnlockYourStyle

Disiarkan pada: August 7, 2019 @ 11:55am
d