mutakhir

Jerebu di Klang rekod tidak sihat

Oleh Mohd Hilmie Hussin

KEBANYAKAN kawasan di seluruh negara mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana iaitu bacaan di bawah 100 namun di Selangor sehingga 11 pagi tadi tidak sihat dengan

bacaan 105.

Berdasarkan maklumat dipaparkan Sistem Pengurusan

Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU

di Klang 5 pagi tadi 104 meningkat kepada 107 pada 9 pagi ini.

Berdasarkan jadual bacaan IPU setiap jam yang dipaparkan di laman web berkenaan, Kelantan mencatatkan bacaan sederhana 93 manakala Bandar Indera Mahkota, Pahang mencatatkan bacaan 88 pada 10 pagi.

Di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan bacaan 81 manakala di Cheras, Kuala Lumpur 78.

Sementara itu, Limbang, Sarawak serta Kimanis dan Tawau di Sabah menunjukkan bacaan paling rendah iaitu 55.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Disiarkan pada: August 7, 2019 @ 12:01pm
d