mutakhir

Kejamnya bapa tiri...

Oleh Norizuan Shamsuddin

KANAK-KANAK perempuan berusia sembilan tahun berdepan detik hitam selepas dirogol bapa tiri dalam kejadian di Kuala Besut, Terengganu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan lelaki berusia 53 tahun terhadap anak tirinya sejak tahun lalu ketika mangsa mangsa berusia lapan tahun.

Katanya, suspek didakwa mengulangi perbuatan itu secara berterusan sehingga kali terakhir pada 29 Julai lalu.

“Rahsia terbabit terbongkar apabila mangsa menceritakan mengenai kejadian kepada ibu kandung selepas tidak tahan dengan perbuatan bapa tirinya.

“Wanita terbabit kemudian membawa anaknya ke klinik kesihatan di Kuala Besut untuk pemeriksaan pada 10 pagi, 1 Ogos lalu.

“Susulan itu, pihak klinik kesihatan terbabit membuat laporan polis pada hari sama, untuk tindakan lanjut selepas mendapati kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa rogol,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, susulan laporan pihak polis berjaya menangkap lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di sebuah hospital di negeri ini untuk rawatan lanjut.

“Manakala, suspek kini direman sehingga 8 Ogos (esok) dan mungkin akan disambung reman kedua untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: August 7, 2019 @ 10:12pm
d