mutakhir

Saluran input Belanjawan 2020

Oleh BERNAMA

ORANG ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di belanjawan2020.treasury.gov.my.

Cadangan itu boleh dihantar mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019 dan Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut sama terbabit mengemukakan pandangan selaras usaha kerajaan membina negara dan menyejahterakan rakyat.

“Justeru, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman web khas belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejajar usaha itu, Lim berkata, kerajaan sudah menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea dan cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi dan langkah-langkah berkaitan belanjawan.

“Di samping itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok (9 Ogos),” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2020
  • Disiarkan pada: August 8, 2019 @ 3:44pm
    d