mutakhir

Mayat bayi dalam beg pakaian

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

MAYAT bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam beg pakaian di parkir sebuah hotel di Jalan Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki jam 6.15 pagi tadi.

“Berdasarkan keterangan lelaki itu, dia menemui mayat bayi perempuan berkenaan masih bertali pusat dalam beg pakaian terbabit.

“Mayat bayi berkenaan kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 10:27am
d