mutakhir

7 individu cedera akibat ribut

Oleh Shamsul Munir Safini

DUA pusat pemindahan dibuka di Kuala Juru, Seberang Perai Tengah menempatkan enam keluarga yang terjejas akibat ribut di daerah ini malam tadi.

Kedua-dua pusat pemindahan itu masing-masing di Masjid Kuala Juru dan Dewan Kafa Kuala Juru.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, selain itu, tujuh individu dilaporkan mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Menurutnya, sekurang-kurangnya 128 pokok di 98 lokasi di sekitar Seberang Perai tumbang akibat ribut.

“Sejumlah 120 daripada pokok tumbang itu menghalang lalu-lintas dengan tiga daripadanya menghempap rumah selain ada yang menghempap kereta.

“Kejadian dilaporkan berlaku antara 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam tadi,” katanya.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 12:32pm
d