mutakhir

50 sekolah terjejas, rugi RM500,000

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

SEBANYAK 50 sekolah di Perlis terjejas dalam kejadian ribut semalam dengan anggaran kerugian berjumlah RM500,000.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan negeri (JP{N) Zainodin Ahmad berkata, ia membabitkan 35 sekolah rendah dan selebihnya adalah sekolah menengah.

“Antara sekolah yang paling teruk terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi.

“Kerosakan yang dialami membabitkan bumbung pecah dan perabung di bangunan kelas, asrama, pejabat dan makmal komputer sekolah tercabut.

“Ada sebahagian sekolah yang mengalami kerosakan pada pagar selepas ditimpa pokok tumbang.

“JPN masih mengumpulkan maklumat mengenai jumlah sebenar sekolah yang rosak dalam kejadian itu,” katanya ketika melakukan lawatan ke SK Perlis hari ini.

Dalam kejadian ribut yang berlaku semalam, sebanyak 246 buah rumah di Perlis mengalami kerosakan selain beberapa jalan utama ditutup kerana pokok tumbang.

Bintong menjadi kawasan terjejas teruk dengan 198 rumah rosak tetapi sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita berkaitan

161 panggilan pokok tumbang di Perlis

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 8:16pm
d